Wednesday, June 23, 2010

Bab Waktu Maghrib yang ramai terlepas pandang.

I dont know samada ramai terlepas pandang atau memang tak tahu. Ramai antara kita sembahyang maghrib dalam waktu Isya'. Kenapa macam tu? Meh aku nak kupas sket.

Dalam 4 mazhab, 3 mazhab tidak ada solat sunat sebelum maghrib, hanya mazhab syafii sahaja yang ada solat sunat sebelum maghrib, itu pun wajib dilaksanakan secara takhfif yakni diringankan solat tersebut dengan dibuat sekadar yang wajib sahaja seperti hanya membaca fatehah tanpa taawuz, rukuk dan lai-lain rukun sekadar toma'ninah sahaja dan tahayyat akhir sampai selawat pertama sahaja dan terus bg salam. Solat secara takhfif ini juga wajib ketika sembahyang sunat sebelum jumaat ketika khatib sudahpun membaca khutbah dan jika kita sembahyang diwaktu sudah hampir sangat nak habis.

Berbalik kepada persoalan 4 mazhab tadi, kenapa begitu? Jawapannya kerana waktu maghrib itu terlalu singkat. Bagaimana boleh terjadi begitu?

Kita balik kepada basic menentukan masuk waktu solat secara fekah, bukan ikut takwin Jbtn Agama. Baik, masuknya waktu maghrib ialah apabila terbenamnya matahari, semua tahu, tapi yang ramai terlepas pandang ialah masuknya waktu Isya'. Waktu isya' masuk apabila hilang cahaya MERAH di kaki langit. Diulang cahaya MERAH. Baik, apabila terbenam matahari, akan tinggal cahaya merah, kemudian merah itu bertukar oren, kuning dan seterusnya putih. Ketika bertukar kepada warna kuning itu, maka sudah masuk Isya'.

Di Malaysia ( garisan khatulistiwa), jarak masa antara terbenam matahari dengan hilangnya cahaya merah adalam kira-kira 45 minit. Jika di garisan lain maka lebih singkat sebagai contoh di jordan cuma 15 minit.

Ketika cahaya kuning sudah masuk wajib solat Isya' tetapi dalam mazhab syafii, sunat ditunggu hilang sekelian cahaya baru sembahyang. Means, wajib sudah ada, tapi sunat tunggu. Sebab itu, masa dalam takwim itu sebenarnya waktu sunat kita solat isya' yang mana sebenarnya isya' sudah masuk lama dah. Jika dalam darurat seperti takut bas tinggal ker, maka bolehlah sembahyag terus tanpa perlu tggu hilang sekelian cahaya.

Maka, atas ketidak fahaman hukum ini, ramai antara kita solat maghrib di luar waktu, esp bulan puasa, makan kenyang-kenyang pastu dah gelap br nak semayang maghrib, walhalnya dah Isya', so mana nak dapat keberkatan ramadhan, buat menda haram, solat luar waktu sepanjang ramadhan.

hukum ini jugak berkait dengan solat jama' takhdim maghrib dengan isya'. Perlu di ingat jama' takhdim perlu dibuat dalam waktu maghrib, sekiranya tidak maka tidak sah jama'. Maka berapa ramai wat jama' takhdim dalam waktu Isya' plak.

So, harapnya dengan penerangan di atas dapatlah kita berubah lepas ni ek.

No comments:

Post a Comment