Tuesday, June 22, 2010

fardu Ain - Basic as a Muslim

Well, ramai yang mengaku Islam n ramai gak yang pada zahirnya hidup secara bersyariat. I mean, tutup aurat, jaga batas pergaulan, amal ma'ruf nahi munkar etc. Its not a bad thing but, make sure yang dibuat itu betul, sah dan tidak batal, kalau tak apa yan g dibuat tu sesia belaka.

This is the check list the basic fardhu ain for anybody yg baca my blog.

Basicly Fardhu Ain Pecah kepada 3 bahagi iaitu, Tauhid, Fekah dan Tasauf. Dan setiap bahagi ini pulah pecah kepada beberapa bab.

Tauhid: Perlu tahu dan lulus bab Uluhiyat, Nubuwat dan Sam'yat.

Bab Uluhiyat ialah mengetahui 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus bg Allah. Serta wajib didatangkan dalil akli, sebagai contoh apa bukti allah itu esa? maka didatangkan dalil aklinya..... cr tok guru n tadah kitab la, nak tulis panjang sgt.

Bab Nubuwat plak, 4 sifat wajib, 4 sifat mustahil dan 1 sifat harus bg nabi.

Bab Sam'yat plak, segala perkara ghaib yang dikhabarkan oleh nabi seperti malaikat, syurga neraka, hari kiamat, sirat, mizan, arash dan sebagainya.

Fekah : Perlu khatam bab Ibadat, Munakahat, Muamalat dan Jenayat.

Bab Ibadat bermula dengan mengenal air, thaharah (cuci najis, wudhuk sahibul salim, wudhuk sahibul jabirah, wudhuk sahibul dharurah, tayamum), 4 syarat wajib solat, 9 syarat sah solat, 13 rukun solat, 9 perkara yang membatalkan solat, syarat wajib puasa, syarat sah puasa, rukun puasa, perkara yang membatalkan puasa, wajib haji, syarat sah haji, rukun haji,perkara yang membatalkan haji dan segala hkum yang berkait dengan ibadat tersebut sprt menutup aurat dsb.

Bab Munakahat bermula dengan syarat sah nikah, rukun nikah, perkara yang membatalkan nikah seperti talak, rujuk, edah, fasakh dan sebagainya, dan segala hukum yang berkait dengan hukum nikah tersebut seperti hak suami, hak isteri, kufu dsb.

Bab Muamalat pulak perlu tahu cara timbangan, syarat sah jual beli, rukun jual beli, perkara yang membatalkan akad jual beli, zakat dan segala hukum yang berkait dengan hukum jual beli sprt jika berjual beli terlibat pulak dengan hutang maka ada syarat dalam berhutang plak.

Bab Jenayat segala perkara berkaitan dengan, qisas, hudud, ta'zir dan segala hukum yang berkaitan dengannya.

Tasauf plak bahagi kepada anggota yang 7 - cara menjaganya, mazmumah- cara melawannya dan mahmudah- cara untuk mengamalkannya.

Banyak kan? hehehe so adakah anda rasa sudah khatam semua ilmu ini? yg penting adakah sudah khatam ilmu ini sebagai persediaan untuk mati? Bayangkan kalau mati sebelum sempurna ilmu fardhu ain, maknanya mati dengan tidak sempurna Islam, na'uzubillahiminzalik.

P/S : Yang dinamakan Fardhu Ain itu ialah wajib bg setiap mukmin yang mukallaf mengetahui akannya. Sesiapa yang sudah baligh, berakal,tidak berhimpun dua cacat yakni buta dan pekak padanya dan sampai seruan islam yang sebenar padan ya maka dikira mukallaf. Maknanya sesiapa yang dah baligh dan boleh baca blog ni, maka mukallaf lah dia hehehe maka wajib sudah khatam semua Fardhu Ain dah. Means, sebelum baligh lg kena khatam ilmu ni. Bg muallaf, diberi masa satu tahun hijrah untuk khatam, maka selepas itu sekiranya tidak tahu berdosa kerana hukum status muallaf @ saudara baru dalam syarak ialah satu tahun hijrah maka selepas satu tahun hijrah dia dikira saudara lama, so mean semua hukum yang melibatkan muallaf sudah tidak terpakai baginya seperti zakat etc.

No comments:

Post a Comment