Wednesday, June 23, 2010

Hukum solat hajat berjamaah, boleh atau tidak?

Ketika sukarelawan ditahan Israel, maka masjid-masjid dan surau-surau banyak menganjurkan solat hajat berjamaah. Tu tak termasuk sekolah-sekolah time nak peksa lg. Persoalannya, bolehkah dibuat secara berjamaah?

Dalam mazhab syafii ( yelah citer mazhab syafii la sebab kita berwudhuk, batal wuduk cara syafii, kaifiat solat pun cara syafii) tidak ada solat sunat hajat berjamaah, yakni berniat imam dan makmum. Dalam kitab-kitab muktabar pun tidak ada disebutkan, yang dibolehkan solat sunat berjamaah ialah solat sunat tarawikh, solat sunat witir dalam bulan ramadhan sahaja, solat 2 hari raya, solat 2 gerhana dan solat mintak hujan. Yang lain dr itu tidak boleh dibuat secara berjamaah. Malah batal solat tersebut. Tetapi batalnya bukan kerana niat makmum, tapi kerana dia menunggu imam. sekiranya tidak sah niat makmum (berjamaah), makmum yang menunggu imam itu batal solatnya. Seperti dia menunggu imam rukuk kemudian baru dia nak rukuk dan rukun-rukun yang lain, maka batal solatnya ketika itu.

Mungkin ada yang akan kata, bidah hasanah maka dibolehkan. Syugia diingatkan, niat termasuk dalam rukun solat, rukun solat itu adalah hukum qati'e, maka taiada bidah dalam hukum qati'e. Maka sesiapa yang membuat bidah dalam hukum qati'e, maka masuklah dia dalam hadis nabi, setiap bidah itu dolalah, dah setiap dolalah itu adalah tempatnya di neraka. nauzubillahiminzalik.

Tapi kalau nak buat berjamaah juga bagaimana kaifiatnya? Mudah saja, berhimpun ramai-ramai di suatu tempat, niat masing-masing, mula serentak, baca masing-masing. Bila dah bg salam, siapa yang sudah dahulu, tunggu rakan yang lain siap, then berdoa secara berjamaah. Itu yang dibolehkan.

Tak tahulah, siapa yang bawak fahaman ni dalam masyarakat kita di Malaysia. Wahabikah? May be. Mungkin sebab ini lah jugak Palestin belum aman, sebabnya saudara seislam yang lain, mintak tak kena cara.

No comments:

Post a Comment