Thursday, June 24, 2010

Perjalanan Hidup Kita

Apa arah tuju kita sebagai muslim dan mukmin? Dimanakah destinasi akhirnya? Ramai yang masih kabur malah ramai lg yang langsung tak tahu dan tak amik peduli kemanakah arah tuju hidupnya sebagai muslim. Ramai yang kata nak masuk syurga. Tp syurga itu bukan arah kita tp hadiah dr Allah. Ada pulak yang kata nak mati dalam keadaan iman. Betul tapi br separuh perjalanan menuju destinasi. Bukan itu semua arah tuju kita yang sebenar. Kembara kita sebenarnya jauh lagi, dan usaha untuk mencapai matlamat tersebut sangatlah sukar dan memerlukan banyak bekalan. Kalau setakat buat yang wajib sahaja, adatnya teramat jauhlah lg nak sampai, sedangka yang bertarikat dah daim zikir pun belum tentu sampai lg.

Untuk mengetahui apa arah tuju kita dan destinasi akhir kita maka kita perlu tahu dimana permulaan kembara kita.

Pengembaraan kita bermula ketika 3000 tahun sebelum roh ditiupkan ke jasad. Ketika itu Allah bertanya kepada roh, bukankah aku ini tuhanmu? maka jawab roh, bahkan kami berasaksi (surah al-a'raf 172) Ketika itu roh menyaksikan Zat Allah dengan mata kepala ( cara roh la.) Ketika itu sememangnya roh benar-benar taat kepada Allah.

Tetapi setelah 3000 tahun, roh ditiupkan ke jasad, bercampur dengan nafsu dan dosa, maka penyaksian roh tadi sudah luput ibarat cermin yang dilitupi debu. Semakin lama semakin tebal debunya jika tidak dicuci.

Maka destinasi atau arah tuju kita ialah mengembalikan penyaksian itu. Sebab itu setiap hari kita mengucap 2 kalimah syahadah. Motifnya supaya muslim bermujahadah melawan nafsu dan beramal dengan syariat sehingga kualiti syahadahnya upgrade sama macam 3000 tahun dahulu.

Maka, bekalan untuk kembara kita ini amatlah banyak. Diringkaskan sebanyak 7 gunung. Bermula dengan Ilmu dan taubat. Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment