Friday, June 22, 2012

Sya'ban sudah tiba Ramadhan menanti

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang memberikan kita nikmat mengecapi angin Sya'ban dan insyaallah Ramadhan menanti kita. Maka gunakanlah bulan Sya'ban ini sebagai persediaan untuk menyambut Ramadhan. Banyakkan puasa suanta dan solat sunat serta bacaan al-quraan seolah-olah kita ini berada di bulan Ramadhan supaya ketika tibanya Ramadhan yang mulia kita sudah bersedia. janganlah pula bila tiba Ramadhan baru nak start buka al-quran dan pergi masjid, tu yang tak jadi tu.... Wallahu'alam.

Wednesday, June 20, 2012

Pramugari

Semalam aku didatangi oleh seorang ejen MHSB untuk menwarkan kepada aku pinjaman Cerita punya cerita rupa-rupanya dia jugak bekerja sebagai pramugari MAS. Wah!!!! tak sangka aku pramugari offer aku buat loan. So aku terfikir mungkinkah akan terjadi suatu hari nanti aku akan terjumpa seorang tukang sapu yang cantik pastu dia cakap kat aku " Saya full time tukang sapu n cleaner tapi part time saya pramugari MAS"!!!! hehehe

So aku pun bertanyalah akan hal pekerjaan peramugari ni seperti mana yang aku dok dengar sebelum ni. Memang betul dia cakap ramai dan sebahagian besar memang sudah hanyut. dengan rokok, arak dan zina. Cuma sebahagian kecil sahaja yang masih bertahan macam dia. So sapa-sapa nak kenal dia bleh la kontek cik effa ni di nombor..... hehehehe

Tapi apa yang aku nak sampaikan di sini bukanlah hal si pramugari ni, tapi hal bagaimana dia dapat menahan godaan dan cabaran di sekeliling. Ibarat ikan hidup di laut, walaupun laut itu masin tapi isi ikan tak masin.Oarng yang macam nilah yang aku hormat dan kagum. Susah woooo nak maintain iman dalam keadaaan macam tu. Tapi hakikatnya pertolongan Allah jua. Dalam keadaan sebegitu, kekuatan iman perlu dibina dengan secukupnya, upgrade solat samaada dari segi kuantiti atau kualiti. Maka insyaallah selamat. Wallahua'lam

Monday, June 18, 2012

Sedekah Bacaan Pada Orang Mati

Tanggal 10 Jun yang lalu ibu saudaraku Aisyah bt. Mohamad Rejab, telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Maka teringat aku akan persoalan dan perbahasan mengenai adakah samapai pahala bacaan kepada si mati? Maka di sini akan aku huraikan mengikut Sunnah Wal Jamaah Mazhab Syafie.

Sesungguhnya terdapat dua qaul. Ada yang mengatakan sampai dan ada yang mengatakan tidak sampai malah bidaah. Tetapi jumhur ulama' mazhab mengatakan sampai. Bagaimanapun ada syarat yang perlu dilakukan bagi memastikan supaya pahala tersebut sampai. Pertama sekiranya dibacakan di atas kubur atau dihadapan si mati maka pahala itu sampai terus kepadanya tetapi sekiranya berjauhan maka wajib disebut nama si mati. Adapaun qaul yang mengatakan bidaah itu, jika diteliti ianya bukanlah perbahasan bacaan tersebut tetapi lebih kepada amalan-amalan khurafat yang dibuat semasa majlis tahlil atau bacaan al-quran tersebut.

Persoalan, ada yang membahaskan "kalau macam tu untunglah orang kaya, lepas mati anak cucu boleh upah orang hadiahkan pahala kepada dia". Hahaha pernah dengar kan perbahasan bodoh nih. Hakikat sebenarnya pahala yang dihadiahkan cumalah sebagai pelengkap sahaja, yakni setelah semua yang wajib ditunaikan dan yang haram dijauhi maka pahala hadiah itu sebgai bonus sahaja. Sekiranya si mati semasa hidupnya tidak beramal terutamanya rukun islam yang lima itu tidak sempurna maka sia-sialah hadiah orang yang hidup padanya kerana tidak akan sampai waima daripada anaknya sendiri pun. Contoh seperti topup telefon. Kalau nak topup mestilah register line dulu, kalau line pun tak register, nak topup macam mana.Line pulak mestilah masih aktif dan berfungsi kalau tak, tak sampai jugak.... renung-renung kan.