Wednesday, June 20, 2012

Pramugari

Semalam aku didatangi oleh seorang ejen MHSB untuk menwarkan kepada aku pinjaman Cerita punya cerita rupa-rupanya dia jugak bekerja sebagai pramugari MAS. Wah!!!! tak sangka aku pramugari offer aku buat loan. So aku terfikir mungkinkah akan terjadi suatu hari nanti aku akan terjumpa seorang tukang sapu yang cantik pastu dia cakap kat aku " Saya full time tukang sapu n cleaner tapi part time saya pramugari MAS"!!!! hehehe

So aku pun bertanyalah akan hal pekerjaan peramugari ni seperti mana yang aku dok dengar sebelum ni. Memang betul dia cakap ramai dan sebahagian besar memang sudah hanyut. dengan rokok, arak dan zina. Cuma sebahagian kecil sahaja yang masih bertahan macam dia. So sapa-sapa nak kenal dia bleh la kontek cik effa ni di nombor..... hehehehe

Tapi apa yang aku nak sampaikan di sini bukanlah hal si pramugari ni, tapi hal bagaimana dia dapat menahan godaan dan cabaran di sekeliling. Ibarat ikan hidup di laut, walaupun laut itu masin tapi isi ikan tak masin.Oarng yang macam nilah yang aku hormat dan kagum. Susah woooo nak maintain iman dalam keadaaan macam tu. Tapi hakikatnya pertolongan Allah jua. Dalam keadaan sebegitu, kekuatan iman perlu dibina dengan secukupnya, upgrade solat samaada dari segi kuantiti atau kualiti. Maka insyaallah selamat. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment