Monday, June 18, 2012

Sedekah Bacaan Pada Orang Mati

Tanggal 10 Jun yang lalu ibu saudaraku Aisyah bt. Mohamad Rejab, telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Al-Fatihah.

Maka teringat aku akan persoalan dan perbahasan mengenai adakah samapai pahala bacaan kepada si mati? Maka di sini akan aku huraikan mengikut Sunnah Wal Jamaah Mazhab Syafie.

Sesungguhnya terdapat dua qaul. Ada yang mengatakan sampai dan ada yang mengatakan tidak sampai malah bidaah. Tetapi jumhur ulama' mazhab mengatakan sampai. Bagaimanapun ada syarat yang perlu dilakukan bagi memastikan supaya pahala tersebut sampai. Pertama sekiranya dibacakan di atas kubur atau dihadapan si mati maka pahala itu sampai terus kepadanya tetapi sekiranya berjauhan maka wajib disebut nama si mati. Adapaun qaul yang mengatakan bidaah itu, jika diteliti ianya bukanlah perbahasan bacaan tersebut tetapi lebih kepada amalan-amalan khurafat yang dibuat semasa majlis tahlil atau bacaan al-quran tersebut.

Persoalan, ada yang membahaskan "kalau macam tu untunglah orang kaya, lepas mati anak cucu boleh upah orang hadiahkan pahala kepada dia". Hahaha pernah dengar kan perbahasan bodoh nih. Hakikat sebenarnya pahala yang dihadiahkan cumalah sebagai pelengkap sahaja, yakni setelah semua yang wajib ditunaikan dan yang haram dijauhi maka pahala hadiah itu sebgai bonus sahaja. Sekiranya si mati semasa hidupnya tidak beramal terutamanya rukun islam yang lima itu tidak sempurna maka sia-sialah hadiah orang yang hidup padanya kerana tidak akan sampai waima daripada anaknya sendiri pun. Contoh seperti topup telefon. Kalau nak topup mestilah register line dulu, kalau line pun tak register, nak topup macam mana.Line pulak mestilah masih aktif dan berfungsi kalau tak, tak sampai jugak.... renung-renung kan.



No comments:

Post a Comment